Malaysia perlu lebih banyak insentif jangka panjang untuk pertumbuhan EV dalam Bajet 2023 – ZEVA

pertumbuhan EV

KUALA LUMPUR 20 Feb – Persatuan Kenderaan Pelepasan Sifar Karbon (ZEVA) berharap kerajaan menerusi Bajet 2023 akan mempertimbangkan insentif jangka panjang untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kenderaan elektrik (EV).

Persatuan itu dalam satu kenyataan berkata, ketika ini banyak permit kelulusan dikeluarkan untuk EV asing dijual di negara ini dan percaya bahawa industri pengecasan juga perlu dipertingkatkan.

Katanya, pada masa sekarang bilangan pengecas EV di negara ini dianggarkan hampir 800 untuk unit AC dan 100 untuk pengecas pantas DC, iaitu kurang daripada 10% daripada sasaran untuk 10,000 pengecas menjelang 2025, seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB).

“Isu ini perlu diselesaikan, kerana dua kebimbangan utama dalam penggunaan EV ialah jarak pemanduan dan kekurangan infrastruktur pengecasan.

“ZEVA menyedari bahawa untuk industri pengecasan berkembang, ‘kos tersembunyi’ menjalankan perniagaan perlu diselesaikan termasuk kos tanah untuk pencawang bekalan kuasa baharu, kabel baharu serta kerja perundingan kejuruteraan mekanikal, awam dan elektrik,” katanya dalam satu kenytataan, hari ini.

Persatuan itu berkata, pihaknya menghargai sokongan kerajaan kerana aset semasa dan ia hanya sebahagian kecil daripada kapasiti penuh kemudahan itu.

Persatuan itu juga telah mencadangkan insentif untuk dipertimbangkan oleh kerajaan pada sesi pembentangan Bajet 2023 yang disemak semula pada 24 Februari ini.

Antara yang dicadangkan termasuk insentif awal untuk mana-mana kerajaan tempatan yang berminat untuk menubuhkan kemudahan pengecasa awam yang memenuhi 20 kenderaan di sesebuah bandar dan peruntukan itu dihadkan kepada RM500,000 bagi setiap kawasan yang menyediakan enam pengecas DC di lebuh raya selain geran untuk bukan- pengurus hartanah bagi pemasangan pengecas EV, dihadkan pada RM10,000 setiap satu.

“ZEVA juga mencadangkan geran padanan untuk R&D ke atas EV, yang disediakan khas untuk industri automotif, serta rebat tunai untuk tukar beli kenderaan petrol atau diesel untuk EV dan insentif tunai untuk pembelian EV baharu di atas pengecualian cukai yang sudah ada (EV sudah pun dijual pada harga hampir bebas cukai, dengan cukai jalan percuma sehingga akhir 2025).

“Penjimatan yang diperoleh daripada subsidi bahan api kumpulan T20 boleh digunakan untuk memberi insentif kepada infrastruktur pengecasan,” katanya.

Katanya, ksemua insentif yang dicadangkan hanya melibatkan peratusan kecil penjimatan subsidi bahan api iaitu sekitar 16.5%.

Persatuan itu juga telah mencadangkan agar kerajaan melanjutkan insentif sedia ada kepada 2030 bagi memberi ruang kepada industri untuk bertindak balas.

“Menerusi cadangan berkenaan dan cadangan sedia ada, negara akan mencapai penggunaan 700,000 unit EV menjelang 2030,” katanya,” katanya.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest