Kenyataan Persatuan
- ZEVA sangat menyambut baik agenda yang berkaitan dengan industri kenderaan elektrik (EV) di dalam Belanjawan Madani yag diumumkan pada Oktober 2023. Antara insentif baru yang diumumkan adalah rebat tunai untuk pembelian motosikal elektrik. Insentif ini diumumkan untuk tahun taksiran 2024.
- Kami juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang baru baru ini melancarkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik pada 8 Disember 2023.
- Pelancaran skim ini menunjukkan usaha gigih pihak kerajaan bagi memastikan polisi yang diumumkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai. Tahniah kepada agensi di bawah MITI iaitu MARii (Institut Automotif, Robotik dan IOT) di atas usaha ini.
- Pemberian subsidi secara rebat tunai ini boleh dimohon samada untuk RM2,400 (bagi pakej pembelian) atau pun RM200 sebulan selama 12 bulan (bagi pakej langganan)
- Ada beberapa syarikat yang mengambil bahagian dalam skim ini dan tiga di antaranya adalah ahli ZEVA. Sememangnya rebat tunai ini telah pun ZEVA cadangkan kepada pihak kerajaan pada tahun lepas berdasarkan pandangan dari ahli-ahli kami ini.
- ZEVA menganggarkan sebanyak 8,000 lebih pengguna dapat memanfaatkan skim ini, termasuklah
golongan pelajar. - ZEVA juga mencadangkan agar syarikat syarikat penghantaran makanan atau bungkusan juga
mengambil peluang ini dengan menggalakkan penunggang menggunakan motosikal elektrik. Pelanggan juga boleh turut sama mengambil bahagian dalam agenda hijau ini dengan memberi galakan ‘tip hijau’. - Sementara itu, ZEVA akan terus membantu kerajaan dan industri dengan mengadakan kempen
pemilikan motosikal elektrik agar lebih ramai lagi dapat merebut peluang skim ini. - Seterusnya, ZEVA berharap pihak kerajaan dapat melanjutkan kempen ini pada tahun-tahun yang akan datang bagi merealisasikan sasaran negara untuk pelepasan sifar demi alam sekitar yang lestari.
Wan Ahmad Zam Zam Wan Abd Wahab
Presiden
Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar PPM-003-14-01122021
Nota : Kami adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk menyokong penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia ke arah sektor pengangkutan yang rendah karbon. Keahlian kami dibuka kepada pemilik EV, pengimport dan pengeluar EV, pengendali dan pembina pengecas EV. Sila kunjungi laman web www.myzeva.org untuk maklumat lanjut.
Rujukan:
https://budget.theedgemarkets.com/budget/2024/index.html
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2023/12/07/govt-to-launch-electric-motorcycle-use-scheme-tomorrow—tengku-zafrul
https://insentif.marii.my/mariicas